Wednesday, October 21, 2009

Kelab Penyokong PAS dah goyang ngan 1MALAYSIA????

Kelab Penyokong PAS (KPP) akan menemui pucuk pimpinan parti bagi mendesaknya mengotai janji untuk menaikkan taraf kelab tersebut sebagai sayap PAS.

Pengerusi KPP pusat, Hu Pang Chow berkata pertemuan itu juga bertujuan untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung status kelab tersebut.

Katanya, beliau bercadang menemui kepimpinan PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dr Mujahid Yusof selepas sidang parlimen sekarang berakhir bulan depan.

"Saya juga akan beri pandangan saya, supaya PAS dapat buat keputusan yang terbaik agar impak kemasukan bukan Islam, tidak menimbulkan salah faham di kalangan ahli PAS.

"Nanti ahli PAS tak berasa selesa perkara ini berlaku," kata Hu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Semalam Hu dilaporkan mahu kepemimpinan PAS mengotakan janjinya dengan menyegerakan langkah menaikkan taraf kelab itu sebagai sayap parti itu.

Katanya beliau mendengar banyak rungutan dan kebimbangan di kalangan penyokong Cina ekoran kelewatan PAS merealisasikan hasrat tersebut.

Hu juga dilaporkan berkata beliau bimbang kelewatan tersebut akan membolehkan Umno - dengan konsep 1Malaysia - berjaya memenangi hati rakyat berketurunan Cina untuk menyokongnya dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula dilaporkan berkata, jawatankuasa pusat PAS komited untuk menaikkan taraf KPP sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.

Menurut Nasrudin lagi, kepimpinan pusat masih menunggu draf cadangan daripada jawatankuasa teknikal untuk menjadikan KPP menjadi sebuah dewan.

Kelab tersebut ditubuhkan sejak tahun 2004 dan diusulkan untuk dinaik taraf menjadi sayap pada muktamar PAS pada 2007.


TukangKeris - aku pon heran sgt ngan geng2 kelab penyokong PAS nih.. ape yg nk diperjuangkan pon aku xtau.. tapi dari pemerhatian aku, dorang ni nampak kelemahan PAS yg mahukan sokongan dr bukan Islam utk menjadi kuat, tp PAS ni ttp x nmpk depa ni sbg boneka wayang kulit je oleh geng-geng "C" nih utk jd "balaci" utk perjuangkan apa yg org "C" ni nak jer... Pecaya laa.. PAS xkan berani nk jadikan golongan "C" ni sebagai ahli PAS.. boleh perang besar dalam PAS klu jadi.... setakat nk jdkan dewan dlm PAS? HAHAHAA.. sekadar di pinggiran je laa..

Wednesday, October 14, 2009

Menjunjung Tradisi... Menzahir perubahan??

Tanggapan Umno sebagai sebuah parti "untuk cari makan" mestilah dikikis untuk menjayakan slogan 1Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", kata Datuk Seri Najib Razak.

"Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit.

"Sebaliknya, kita mahu Umno dilihat, dirasai, serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri," kata presidem Umno.

"Maka itu, persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan."

Bertemakan 'Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan', Najib menyampaikan ucapan sulungnya sebagai pemimpin nombor satu parti ketika merasmikan perhimpunan agung Umno ke-60 di Kuala Lumpur pagi.

Beliau juga mempertikaikan semangat perjuangan ahli parti, termasuk ingin keselesaan dan tidak bersedia berkhidmat kepada Umno dengan sukarela dan ikhlas.

"Sekarang, kalau tidak dapat hotel lima bintang, ramai yang mengeluh sakit-sakit badan. Tidak standard dan tidak kelas, katanya," kata Najib lagi.

"Apa yang cuba saya utarakan di sini adalah, ke manakah hilangnua budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam Umno?

"Kalau hendak diikutkan, begitu ramai golngan profesional seperti peguam, doktor, akauntan dan jurutera yang menjadi ahli.

"Malangnya, di saat-sat kita memerlukan kerja-kerja sukarela umpamanya pada musim pilihan raya, begitu sedikit yang tampil membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan."

Beliau juga mahu melihat Umno terus menjadi parti menjuarai rakyat dengan memberatkan kebajikan semua dan periuk nasi semua rakyat.

"Umno tidak boleh lagi kelihatan sebagai parti yang hanya dilihat condong kepada satu-satu pihak sahaja," katanya di depan kira-kira
2,500 anggota perwakilan.

Tambahnya, Umno tidak mampu ditanggap hanya sebagai bertumpu kepada inisiatif niaga besar-besaran atau projek mega semata-mata,
tetapi mesti menjadi parti yang menjuarai rakyat.

"Khidmat Umno harus merata. Kita akan tetap menjadi parti yang pro kepada pertumbuhan ekonomi berdaya tahan, pengagihan kekayaan yang adil, jaringan keselamatan sosial menyeluruh dan kos hidup terkawal," katanya.

Dalam pakaian baju Melayu cekak musang berwarna biru cair dan bersampin songket biru muda, Najib berkata amat mustahak Umno menjadi parti yang berpegang kepada falsafah bersederhana atau parti aliran tengah.

"Umno tidak boleh menjadi parti yang ultra kiri atau ultra kanan," katanya, sambil menjelaskan bahawa fahaman Umno semenjak penubuhannya bukanlah condong sama ada kepada fahaman liberal mahupun fahaman konservatif. - Malaysiakini

Tukang keris - Tradisi perlu diubah jika mahukan perubahan, tapi tradisi nak juga dijunjung? Tradisi UMNO sbg "Parti Cari Makan"... adakah satu tradisi?? Lebih kurang 2,500 perwakilan mungkin hanya dengar dan tepok ucapan Presiden, tetapi adakah tidak terasa di hati ianya ditujukan pada siapa?????????? Mohon berubah.... Keris masih putih...